JERLUN – Kedegilan segelintir individu yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan raya (SJR) dengan melalui lorong-lorong tikus berjaya dikesan pihak polis berlaku di sempadan Kedah-Perlis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew memberitahu, laluan tersebut adalah Jalan Kampung Tok Mengkula, Jalan Tok Mengkuba dan tiga lokasi di Pekan Kuala Sanglang.
Menurut beliau, menerusi laluan-laluan tersebut, mereka yang menggunakannya bertujuan mengelak SJR di Kilometer 17 Jalan Alor Setar-Kangar di Sanglang.
Pun begitu pihaknya telah mengambil tindakan menutup laluan-laluan terbabit dan terus memantau cubaan memasuki tanpa kebenaran atau berdepan kompaun dan diarah berpatah balik.
Rondaan turut dilakukan pihaknya selain menutup laluan-laluan tersebut dengan hadangan konkrit juga ‘water barrier’ bagi mengelak kemungkinan dilanggar oleh motosikal yang tidak nampak.