Home Berita PAS Kedah

Pemuda oku membantu urus mayat pesakit covid 19

110
SHARE

KOTA KUALA MUDA, 3 Jun 2021: Bukanlah Alasan Bagi Seorang Remaja Untuk Menjadi Sukarela Menguruskan Mayat Pesakit Covid 19.

Seorang remaja kelainan upaya, OKU yang dikenali sebagai Muhd Ammar Ikhwan bin Saad , 22 tahun dari kampung seberang terus Kota Kuala Muda Kedah  menganggap kekurangan yang ada pada beliau bukanlah satu alasan atau penghalang untuk beliau membantu menguruskan jenazah pesakit covid 19.

Walaupun beliau tidak mempunyai jari pada kedua-dua belah tangannya, dia tetap akan berusaha untuk membantu.

Beliau ditemui pagi tadi ditanah perkuburan Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda Kedah ketika pengkebumian jenazah seorang pesakit covid.

Turut sama membantu dalam pengkebumian berkenaan team sukarelawan Van Jenazah Percuma Sungai Petani, VJSP.