Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Tetap patuhi SOP dalam suasana Aidiladha

17
SHARE

TETAP PATUHI SOP DALAM SUASANA AIDILADHA

PAS Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan mengharapkan pelbagai ibrah dan manfaat yang boleh kita teladani daripada kefardhuan ibadah korban ini.

Suasana aidiladha yang disambut dengan kesyukuran ini, sewajarnya perlu diingat bahawa masa ini wabak Covid-19 masih belum reda dan kita perlu mengikut norma baharu dalam menyambutnya.

Oleh itu, kami menyeru semua umat Islam terutamanya yang akan menyambut dan menjalani ibadah korban pada tahun ini supaya mematuhi setiap Standard Operasi Prosedure (SOP) yang telah disediakan sebagaimana berikut:

1. Solat Sunat Aidil Adha dan Khutbah Hari Raya mengikut ketetapan Majlis Agama Negeri dengan penjarakan fizikal dan SOP

2. Memastikan pamatuhan bilangan yang terlibat di tempat sembelihan

3. Sentiasa dalam keadaan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka jika berada di tempat awam

4. Tidak melakukan ziarah dan jamuan Hari Raya.

Justeru, PAS Pulau Pinang sentiasa peka dan cakna dengan usaha kerajaan dalam menggariskan SOP ini supaya disambut baik oleh rakyat bagi membendung penularan Covid-19 ini bahkan, usaha ini melibatkan semua pihak secara kolektif dan matang.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Tuan Norazman Ishak
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Pulau Pinang