Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Perutusan khas Aidiladha Ketua Dewan Muslimat Pulau Pinang

16
SHARE

PERUTUSAN KHAS AIDILADHA 1442H KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PULAU PINANG

Aidiladha Didik Jiwa Tulus Dan Takwa

Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin muslimat walau dimana jua berada.

Kesyukuran sambutan Aidiladha ini diharapkan mampu meningkatkan keikhlasan hati kita serta mengukuhkan lagi semangat rela berkorban demi agama seterusnya, sentiasa mohon keampunan-NYA dalam menerima dugaan dalam waktu-waktu yang sukar ini.

Oleh itu, kisah pengorbanan dan keikhlasan Nabi Ibrahim AS sehingga digantikan Allah SWT dengan begitu banyak berkat, wajar dijadikan inspirasi dalam mendidik jiwa yang tulus dan bertakwa.

Kami mendoakan semua muslimin dan muslimat yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT pada ibadah Haji tahun ini diberi kemudahan dan peroleh haji yang mabrur

Justeru, Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang mendoakan kita semua diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi pendemik covid-19 dan semoga Allah SWT mengangkat musibah ini dengan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

Ustazah Hasanah Idris
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang