Home Berita PAS Johor

“Teruskan perjuangan” – Fauzi Che Ahmad

299
SHARE

oleh NAZIRUL MUNIR

JOHOR BAHRU, 9 April – Teruskan perjuangan sehingga kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT.

Demikian diucapkan oleh wakil Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sesi 2021/2023, Fauzi Che Ahmad dalam Majlis Budimu di Kenang di Restoran Grand Seafood, di sini hari ini.

Menurut Fauzi lagi, pimpinan kali ini banyak memberikan sokongan kepada mantan-mantan exco sepanjang menggerakkan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

β€œTerima kasih kepada rakan-rakan daripada Gerakan dan ARMADA. Kita bersama-sama dalam Perikatan Nasional (PN) menghadapi dua pilihanraya, Negeri dan Umum yang lepas.

Kerjasama yang kita adakan kita perkukuhkan dan kita teruskan kekuatan kita, mudah-mudahan dengan kekuatan yang kita bina ini kita boleh memberikan kemenangan kepada PN pada masa akan datang,” tambah beliau.

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz pula berkata, pemuda perlu terus bekerja walau sudah tamat usia sebagai pemuda.

β€œKita pimpinan parti politik, pimpinan masyarakat dan kita semua AJK EXCO kena menjadi contoh tauladan terbaik untuk berlumba-lumpa buat kebaikan.

Terus buat kerja dalam keadaan menang mahupun kalah, senang mahupun susah, itu yang Islam ajar dan Jemaah kita ajar,” ujar beliau.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua ARMADA Bersatu Johor Bahru, Muhammad Fairuz Idris, Ketua Pemuda GERAKAN Negeri Johor, Wong Yung Kang serta Mantan-mantan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor turut meraikan anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor yang terlibat dengan musibah bencana banjir baru-baru ini dengan memberikan sumbangan wang tunai.