Home Berita PAS Selangor

PN SELANGOR MERAIKAN WARTAWAN, MEDIA DAN SOCIAL INFLUENCER

654
SHARE

Perikatan Nasional Selangor meraikan para wartawan,  sosial influencer dan media bersama dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Grand Barakah, Ampang malam tadi.

Program yang di hadiri sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi bersama pimpinan PN yang lain itu bermula dengan ucapan aluan dan ucapan ringkas oleh Ustaz Dr. Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan Ustaz Zamri Mantop.

Kehadiran lebih 30 wartawan, influencer media sosial dan media arus perdana memeriahkan lagi majlis “Meet and Greet “ yang bertujuan beramah-mesra dan meraikan para media serta memperkukuh hubungan mendepani PRU Negeri Selangor dengan naratif dan gelombang PN BEST.

Program di akhiri dengan sesi soal jawab media yang menunjukkan ketelusan pimpinan PN Selangor menjelaskan isu-isu berkaitan rakyat dan politik semasa di Selangor.

PN Selangor merakamkan terima kasih kepada atas sokongan padu para media dan akan terus bekerjasama bagi tujuan sebaran maklumat yang sahih dan benar.

Turut hadir adalah wartawan daripada Utusan, Harakah, Sinar Harian, Sinchew Daily, Oriental Daily, China Press, Free Malaysia Today dan lain-lain.

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

Setiausaha

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Ahad 9 April 2023/ 18 Ramadan 1444