Home Berita PAS Kelantan

Terus berpindah ke tempat selamat sebelum keadaan lebih kritikal -YB Dato’ Mumtaz

25
SHARE

KOTA BHARU, 19 Dis: Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat semalam memaklumkan, hujan lebat yang berpanjangan telah mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dan keadaan ini amat menyulitkan pergerakan penduduk.

Ekoran itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi menyeru orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan terus berpindah ke tempat selamat seawal mungkin sebelum keadaan lebih kritikal.

“Buat rakyat ambo semua supaya memantau keluarga dan kediaman masing-masing, sekarang dengan keadaan hujan sangat lebat dan sudah ada kediaman dinaiki air, tindakan awal untuk berpindah perlu disegerakan, jangan menunggu air di kawasan rumah semakin tinggi,” katanya.

Pada masa yang sama tambahnya, beliau telah berhubung YAB Ustaz Dato’Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri bagi memastikan gerak kerja membantu rakyat yang terkesan banjir dapat dimulakan seawal mungkin dan urusan mempercepatkan pemindahan mangsa berjalan lancar.

“Semua agensi juga telah bersedia untuk masuk ke kawasan yang jarang terkena banjir, dan kita sarankan juga supaya hubungi Penghulu Mukim masing-masing jika memerlukan bantuan segera, kita pakat doakan kepada Allah SWT, semoga hujan berhenti dan kita semua diberi keselamatan,” ulasnya.