Home Artikel PAS Johor

Tertindas di tanah sendiri!

234
SHARE
Sumber gambar: Google

Firman Allah S.W.T:

وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

“Dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
(al-Hadid: 25)

Isu Uighur bukan lagi isu yang dapat disembunyikan. Kekejaman, kekerasan dan kezaliman Parti Komunis China telah viral disetiap inci media sosial. Gambar dan video penindasan terhadap etnik Uighur dapat dilihat dengan lebih jelas. Kem tahanan yang kononnya tempat mendidik semangat cintakan negara, tetapi disebaliknya adalah tempat “ideology political brainwash” yang bakal menghapuskan identiti etnik Uighur.

Mengapakan Etnik Uighur ditindas sedemikian rupa?! Adakah kerana mereka merampas hak masyarakat cina lain? Tidak! Kerajaan China menyatakan Etnik Uighur dilayan sedemikian hanyalah untuk memadamkan ideologi ekstremisme islam, yang akan memberikan ancaman kepada kerajaan china. Ini sangat jauh bercanggah dengan perkara sebenar yang terjadi! Malahan kezaliman hanyalah berlaku yang berpunca dari kerajaan china sendiri! Jadi siapakah ekstermis yang sebenar?

Dan laporan menyatakan, lebih daripada 100 intelektual Etnik Uighur ditahan, dan salah seorang daripada mereka adalah seorang profesor ekonomi iaitu Profesor Ilham Tohti yang ditahan kerana mempromosikan kedamaian di Xinjiang.

Jadi apakah peranan kita sebagai masyarakat islam? Adakah kita sekadar membaca isu sahaja? Tanpa memberikan sebarang tindakbalas atau respon terhadap apa yang berlaku?

Rasulullah SAW berkata :
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ
Seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lainnya. Tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh pula menyerahkan kepada orang yang hendak menyakitinya.
(HR Bukhari & Muslim)

Senada dengan seruan DUPP, Kami PAS Kawasan Tebrau ingin menyeru agar semua umat islam mengambil cakna terhadap isu Uighur. Dan sama-sama kita lakukan solat hajat dan Qunut nazilah khusus buat saudara islam kita di Xinjiang, China. Dan juga mari sama-sama kita mendoakan kebaikan dan kekuatan untuk mereka agar diberi kekuatan dan bantuan pertolongan dari Allah s.w.t. Agar Allah menghancurkan musuh-musuh islam yang zalim lagi ekstrem.

Lujnah Dakwah
PAS Kawasan Tebrau