Home Artikel PAS Melaka

Terima kasih YB Latifah dan Nazri hadiri program PAS di DUN Taboh Naning – Ustaz Imran

415
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 9 September : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Adun Taboh Naning, YB Datuk Latifah Omar dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Nazri Ramli menyertai satu program PAS yang berlangsung di sebuah kedai makan di persimpangan Rantau-Ulu Brisu di sini pagi tadi.

Menurut Ustaz Imran, kehadiran kedua-dua tokoh ini ke Program Sembang Rakyat Merdeka yang berlangsung pada pagi tadi itu memberi gambaran yang positif bahawa Muafakat Nasional (MN) semakin kukuh di Masjid Tanah ini.

“Ini yang orang-orang PH tidak suka lihat. Mereka gerun apabila melihat kesepakatan kita dalam Muafakat Nasional ini semakin hari semakin mantap.

“Kita semua mesti kekal dalam penyatuan dan ukhuwah yang mantap. Dengan ini kita nampak tidak ada ruang untuk PH menguasai Masjid Tanah ini.” ujar beliau lagi.

Program Sembang Rakyat Merdeka ini merupakan salah satu daripada program pengisian bulan kemerdekaan anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah dengan kerjasama semua Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) di dalam kawasan parlimen Masjid Tanah.

Selain bersarapan pagi bersama rakyat, program turut melibatkan ziarah kasih ke beberapa buah rumah yang terpilih bagi tujuan bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Hadir sekali di dalam program ini ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Arshad Md Som, Pengarah JPrK PAS Kawasan Masjid Tanah, Rohizan Abdul Rahman, AJK PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Azmi Sambul, Pengarah JPrD PAS Taboh Naning, Cikgu Hashim Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS JPrD Taboh Naning, Mohd Taro Jaafar.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)