Home Berita PAS Kelantan

Terima kasih MSNK dan FAM anjur kursus kejurulatihan – Exco Sukan

26
SHARE

KOTA BHARU, 10 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Kejurulatihan Lesen C/AFC-FAM Diploma C Fasal Satu yang bermula pada 1 hingga 7 Ogos lalu di sebuah hotel.

Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada 15 dari Kelantan, dua Kuala Lumpur, dua Sabah, satu dari Pahang dan satu dari Afrika mengikuti kursus selama seminggu itu.

Dalam ucapannya, YB Ustaz Wan Roslan mengucapkan tahniah kepada para peserta yang dapat menghabiskan kursus kejurulatihan itu dan terima kasih juga kepada pihak Majis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas penganjuran kursus pada kali ini.