Home Artikel PAS Johor

Terima Kasih kerana membantu menyiapkan rumah keluarga arwah Azhan Atan

842
SHARE

Assalamualaikum para sahabat,

1. Alhamdulillah, kempen fasa akhir yang telah dilancarkan pada 17 Februari 2020 untuk mencari dana bagi menyiapkan rumah cikgu Azizah, balu arwah Azhan Atan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelbagai pihak.

2. Kempen mencari dana sebanyak RM20 ribu bagi menyiapkan siling rumah, pemasangan bingkai tingkap dan pintu, plaster dinding, simen lantai, pemasangan air dan pemasangan elektrik telah berjaya dikutip dan telah digunakan untuk menyiapkan rumah tersebut.

3. Selain saluran sumbangan yang diberikan melalui akaun bank PAS Negeri Johor, sumbangan juga disalurkan kepada cikgu Azizah dan sdr Razali bin Limat (Setiausaha PAS kawasan Pontian).

4. Pada 7 Mac yang lepas, kami menerima kehadiran Ustaz Muhamad Naim bin Haji Hashim, Presiden Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor (Geng Talaqqi) bersama rombongannya serta Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor yang diketuai oleh Pengarahnya sdr Shehdi Hazrik yang dibantu juga oleh JAM Negeri Johor turun membantu menyiapkan rumah kediaman ini secara bergotong-royong.

5. Geng Talaqqi telah menyumbang sebanyak RM25 ribu dan telah disalurkan kepada sdr. Razali bin Limat. Sebelum daripada itu, PAS Negeri Johor telah menyumbangkan sebanyak RM10 ribu bagi memulakan projek ini yang tertangguh kerana kekurangan dana.

6. Projek menyiapkan rumah masih terus berjalan, perkembangan lanjut akan dikemaskini daripada masa ke masa, insya Allah.

7. Saya yang diberikan mandat untuk mengetuai projek ini dan telah dibantu oleh Ust Ahmad Nawfal bin Dato’ Mahfodz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung bagi merealisasikan impian cikgu Azizah dan anak-anak mempunyai rumah sendiri sebelum Ramadhan yang bakal menjelang tiba.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
8 Mac 2020