Home Berita PAS Kelantan

Terima kasih KDN – Dato’ Dr Mohamed Fadzli

461
SHARE

MACHANG, 26 Dis: Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan mewakili Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengiringi Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang hadir dalam misi bantuan banjir di Machang, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan anggota Yayasan Food Bank Malaysia.

Bersama meraikan rombongan tersebut, Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta kakitangan Pusat Khidmat DUN (PKD) Temangan dan Pusat Khidmat Parlimen (PKP) Machang.

YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli yang juga ADUN Temangan merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan KDN atas sumbangan bantuan tersebut yang telah dapat membantu meringankan bebanan 59 keluarga warga Machang yang terkesan banjir.