Home Kenyataan Media Presiden PAS

Terima kasih dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sangat menyeluruh

12374
SHARE

Terima kasih dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19.

Saya mengharapkan dengan pengumuman ini, para petugas di barisan hadapan, golongan peniaga dan rakyat di segenap lapisan dapat menarik nafas lega, seterusnya merangsang kitaran ekonomi supaya segera pulih.

Insya-Allah pakej PRIHATIN ini akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan, dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Terima kasih dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi…

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Friday, March 27, 2020