Home Berita PAS Pahang

ADUN JENGKA : 45 Keluarga Dibantu Hari Ke 10

797
SHARE

Dalam keadaan dana terhad dan pergerakan terhad, namun usaha-usaha membantu mereka yg susah dan terjejas perlu diteruskan dalam bentuk pergerakan kecil di tempat masing masing.

Di Jengka 11, Pusat Khidmat Adun Jengka dengan kerjasama Syarikat Takaful KRS Jengka melalui khidmat sosial korporat dan pengurus Felda, berjaya menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 22 keluarga yg terkesan dgn PKP ini.

Pusat Khidmat Adun Jengka dengan kerjasama Badan kebajikan masyarakat Jengka 21 hari ini menyampaikan sumbangan kepada 8 keluarga terjejas.

Sekali lagi Pusat Khidmat Adun Jengka dengan kerjasama Cakne Rakyat berjaya menjejaki dan menyampaikan bantuan kepada 3 keluarga asnaf susah di Desa Jaya.

Di Pekan Kuala Krau, melalui badan kebajikan Komtaq Care yg diurus oleh Ust Kamal Ashaari berjaya menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada 12 keluarga susah.

Terima kasih semua petugas dan penderma. Semoga esok lebih bersinar insyaallah.

27/03/20

Yaallahselamatkankami