Home Berita PAS Kelantan

TERAPI JIWA MELALUI JUZ 13

522
SHARE

Zikrullah adalah terapi diri yang sangat berkesan. Kerosakan di muka bumi dan jenayah berleluasa sebenarnya berpunca daripada penyakit hati yang dibiarkan tanpa dirawat. Apabila hati rosak, maka rosaklah keseluruhan tubuh manusia termasuk akalnya. Allah telah menunjukkan suatu rawatan mujarab untuk memulihkan semula penyakit hati serta menenangkannya.

Hayati firman Allah:

Maksudnya: Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Al-Ra’d: 28]

Luangkan masa untuk berzikir walaupun zikir tersebut masih disertai dengan kelalaian. Apabila ada usaha, Allah akan mengangkat daripada zikir hanya di lidah sahaja kepada zikir lidah dan hati sehinggalah zikir tersebut memberi ketenangan kepada hati, berzikirlah.

AHMAD BIN YAKOB
13 Ramadhan 1438H

 

Sila Layari:

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/

https://www.instagram.com/datoahmadyakob/