Home Berita PAS Kelantan

TERAPI JIWA MELALUI JUZ 12

497
SHARE

Tugas manusia di dunia bukan setakat membina keperibadian untuk menjadi hamba Allah yang beriman. Manusia dituntut mengimarahkan muka bumi ini dengan panduan yang ditetapkan oleh Allah. Islam datang dengan membawa keadilan sejagat dan tidak pernah menindas serta memaksa penganut agama lain untuk menganut Islam. Akan tetapi umat Islam hendaklah menyampaikan seruan dakwah dan kebaikan agama Islam kepada seluruh masyarakat bagi memberi kesedaran kepada seluruh manusia bahawa Islam adalah agama penyelamat dan agama yang diredhai Allah. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk mereka mencari kebenaran dan petunjuk walaupun Allah berkuasa penuh menyatukan manusia diatas satu agama. Hayati firman Allah:

Maksudnya: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah). Dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”. [Hud: 118-119]

Umat Islam perlu bangga dan terasa mulia dengan Islam yang dianutinya. Segala tuntutan Islam hendaklah menjadi bahan titipan mulut walaupun ketika berada bersama penganut agama bukan Islam. Sesungguhnya Islam membawa risalah keamanan dan keadilan sejagat. Islam bukan pengganas dan bukan perosak ketamadunan ummah. Segala bentuk gambaran jahat terhadap Islam adalah suatu propaganda dan perancangan merosakkan kemuliaan agama yang diredhai Allah ini.

AHMAD BIN YAKOB
12 Ramadhan 1438H
_Sila Layari:_

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/

https://www.instagram.com/datoahmadyakob/