Home Berita PAS Kedah

“Tentera Maroon” mulakan tugasan OPS CUCI

329
SHARE

GUAR CHEMPEDAK – Anggota Jabatan Amal atau dikenali sebagai “Tentera Maroon” negeri Kedah memulakan tugas pembersihan rumah dan kawasan atau operasi cuci (OPS CUCI) Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akibat banjir lumpur susulan  tragedi “ Kepala air” Gunung Jerai pada hari Rabu lalu.

Ketuanya, Ustaz Nurul Amin Hamid hadir meninjau serta mengikuti taklimat tugasan oleh Pengarah Operasi Bencana Dewan Pemuda PAS, Ustaz Mohd Aizat Zakaria kepada  petugas Jabatan Amal yang mulai mendaftar di Pusat Bencana Masjid Al Wustho, di sini.

Dalam taklimat yang disampaikan, Ustaz Mohd Aizat menekankan pematuhan SOP pencegahan Covid-19 serta lokasi yang perlu diutamakan untuk dibantu.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah turut membangkitkan kekurangan peralatan yang diperlukan dalam OPS CUCI ini antaranya ialah “Water Jet” untuk menyembur lumpur yang melekat tebal di lantai.

Jesteru beliau merayu sumbangan untuk membeli beberapa unit alat tersebut bersama peralatan pembersihan yang lain bagi melancarkan gerak kerja pembersihan.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Bank Islam 02011010009300  atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan maklumkan mengenai sumbangan ke talian 013-415 0845 (Mohd Nakhaie)

Turut hadir,  Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai, Ustaz Nik Fikri Nik Ishak dan ahli jawatankuasa Pemuda Kawasan.