Home Berita PAS Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan zahirkan kesedihan, harap rakyat sabar hadapi musibah

70
SHARE

KOTA BHARU, 22 Dis: Laman sosial Unit Media Pejabat Sultan Kelantan melaporkan YTM Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra menzahirkan perasaan sedih atas bencana yang menimpa dan berharap rakyat bersabar menghadapi musibah banjir.

Terdahulu, tuanku dan isteri, YTM Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, semalam.

Keberangkatan tiba pasangan diraja disambut Setiausaha Kerajaan Kelantan YB Dato’ Kaya Setia Nazran Muhammad dan dipersembahkan taklimat ringkas oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) berkenaan situasi terkini banjir di kawasan sekitar.

Tuanku berdua juga berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar mangsa yang terlibat serta mengurniakan bantuan keperluan makanan harian kepada setiap ketua isi rumah.