Home Berita PAS Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan kurnia 5 peti sejuk untuk simpan vaksin

158
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 24 Jun: YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra mengurniakan sumbangan Peti Sejuk Muatan Atas (TLF) bagi tujuan penyimpanan bekalan vaksin COVID-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).
Kurniaan sumbangan tersebut amat membantu pihak JKNK menyimpan bekalan vaksin dalam kuantiti berskala besar kerana setiap satu unit dapat menyimpan 5850 dos Pfizer BioNTech dan 8000 dos Sinovac.
Penyerahan lima buah peti simpanan tersebut disempurnakan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, YM Dato’ Haji Tengku Azmi Tengku Jaafar kepada Pengarah JKNK, Dato’ Dr Zaini Hussin di Istana Balai Besar, semalam dan akan ditempatkan di lima Klinik Kesihatan iaitu di Perol, Wakaf Bharu, Kuala Balah, Cherang Ruku dan Kuala Krai.