Home Berita PAS Kelantan

Telekom Malaysia sumbangan zakat kepada 50 asnaf

256
SHARE

TUMPAT, 18 Jan: Telekom Malaysia Negeri Kelantan (TM) menyumbangkan zakat kepada 50 asnaf di Wisma Imtiyaz Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat diringi Pengurus Besar TM Kelantan, Rozainee Muhamad menyantuni para asnaf dan menyampaikan agihan wang tunai RM200 seorang.

YB Ustaz Wan Roslan yang juga Exco Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada TM Kelantan atas sumbangan zakat tersebut.

Beliau menyeru lebih banyak badan korporat mencontohi TM Kelantan yang bertindak bijak bergabung dengan wakil rakyat dalam mengenal pasti asnaf yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan khasnya pada awal sesi persekolahan bermula.