Home Berita PAS Kedah

Tekad pertahan pentadbiran cemerlang kerajaan negeri

226
SHARE

OLEH: ABU ARIESYA

JITRA, 20 FEB – Resolusi Pemukiman Jentera Penerangan PAS Negeri Kedah telah merumuskan usaha dan strategi penerangan parti menghadapi PRU-15 dalam tekad mempertahankan pentadbiran cemerlang Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Penerangan PAS Kedah, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat dalam ucapannya turut menegaskan peri pentingnya jentera penerangan menguasai media sosial mengikut kategori umur pengundi sasaran agar maklumat yang tepat dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

“Semua ahli PAS perlu berperanan selaku ejen penerangan dengan berkongsi dan menyebarkan berita kecemerlangan pencapaian kerajaan negeri dalam tempoh masa setahun tujuh bulan agenda kebajikan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan YAB Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penutup Retreat Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kedah yang diadakan di Kem Paya Pahlawan di sini, hari ini.

Tambahnya semua maklumat ini perlu sampai kepada seluruh rakyat sehinggalah ke peringkat akar umbi di kampung-kampung supaya rakyat merasai perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini.

“Antaranya projek berimpak tinggi KRC, Kedah Aerotropolis, projek naik taraf LRA untuk menyelesaikan masalah air di Kedah yang telah dimulakan. Di samping program kebajikan bantuan Beras Sejahtera, khairat Kematian RM500, Anakku Sejahtera, bantuan awal IPT dan bermacam lagi inisiatif,” jelasnya.

Program dua hari yang dihadiri anggota Jentera Penerangan PAS Negeri dan Kawasan-kawasan seluruh negeri ini telah disempurnakan penutupannya oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya.