Home Berita PAS Johor

Kerjasama antara agensi amat dihargai – Siti Zailah

183
SHARE

Oleh Nazirul Munir

KLUANG, 20 Februari : Kerjasama antara agensi kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri sangat dihargai.

“Kita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah semestinya sangat-sangat prihatin terutama isu-isu yang melibatkan kumpulan sasar dibawah kementerian kita.

“Khidmat Malaysia sentiasa berusaha untuk membantu agensi kerajaan dalam apa-apa jua program kebajikan, bencana dan sebagainya.”

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dalam lawatan sehari ke Kluang di Pejabat Daerah Kluang disini, harini.

Siti Zailah yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia menyatakan kerja kebajikan dan bencana banyak sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan yang membantu.

“Kita berusaha untuk memastikan kerja-kerja penyampaian terutama daru sudut kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tersusun,”katanya.

Sewaktu lawatan itu juga, SitiZailah sempat untuk menziarahi beberapa buah rumah asnaf untuk memberikan sumbangan sempena program ziarah kasih.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang, Faiz Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya Rosmawati Ishak, Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta Kadi Daerah Kluang, Sabaruddin Isnin.