Home Berita PAS Melaka

Tazkirah pagi Jumaat : “Aduhai celakanya!”

824
SHARE

بسم الله الرحمن الرحيم.

Firman Allah swt.

Al-Kahf 18:49

وَوُضِعَ ٱلْكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلْكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحْصَىٰهَاۚ وَوَجَدُوا۟ مَا عَمِلُوا۟ حَاضِرًاۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan “Kitab-kitab amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.

Wahai manusia. Adakah kamu menyangka kamu akan hidup lama? Pasak dan tanamkan firman Allah di atas di dalam kepala kamu, moga-moga menjadi peringatan sebelum menyesal di kemudian hari.

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah apa yang kurang dan lemah itu saya memohon ampun daripada Allah.

سيروا علي بركة الله.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN
#KitaJagaKita
#DemiIslam

MOHD. SYAFIQ ISMAIL
Ketua Urusan Ulamak PAS
Kawasan Tangga Batu


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)