Home Berita PAS Johor

‘Tautan Kasih’ memperkasa peranan Guru PASTI Al-Irfan Tebrau

452
SHARE

Oleh: Zaid Humaira

TEBRAU, 23 Dis – Program Tautan Kasih Guru PASTI Al-Irfan Tebrau yang diadakan di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail.

Seramai 60 guru PASTI daripada 14 cawangan telah hadir dalam program yang bertujuan memperkenalkan dengan lebih jelas dasar Dewan Muslimat dan Pemuda selain menjalinkan hubungan silaturrahim antara guru dan pengurusan.

Perkongsian daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau telah disampaikan oleh Ketua Pemuda, Ustaz Syed Miftahul Ulum Syed Mustaffa yang menyentuh Organisasi, Struktur, Skop Tugas serta Peranan Dewan Pemuda.

Sementara itu, slot Dewan Muslimat PAS Kawasan oleh Timbalan Ketua nya, Ustazah Aliya Nurdina Jamaludin berkongsi Struktur serta Aktiviti Dewan Muslimat.

Manakala slot Pengurusan disempurnakan oleh Pengerusi PASTI Al-Irfan Tebrau, Ustaz Kamal Arif Mohd Bakri. Beliau turut menekankan persediaan oleh semua pihak ke arah Standard Pengurusan yang diiktiraf.

Di dalam majlis tersebut, Pegawai Sumber Manusia Roha Suratman turut berkongsi berkenaan literasi undang-undang yang boleh diadaptasi oleh guru-guru dalam pendidikan.

Turut hadir dalam Majlis tersebut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Muhammad Faiz Khalid.