Home Berita PAS Johor

Taujihat jentera PRU15 | Bergerak selaras pimpinan

172
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 31 Okt : Gerak kerja para jentera Perikatan Nasional haruslah selaras dengan pihak pimpinan.
Petugas perlu bersatu hati, bekerjasama, hindarkan pertelingkahan dan saling memahami.

Demikian antara peringatan yang diberikan dalam program Taujihat Jentera PRU 15 Parlimen Muar di Pusat Tarbiah Kawasan Muar (PUTIK) Parit Pechah, kelmarin.

Dalam ucapan aluannya, Ustaz Abdullah Hussin, Naib Ketua Perikatan Nasional Johor mengingatkan jentera agar memberi komiten yang tinggi dan bergerak secara ‘all out’ bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional khususnya di parlimen Muar.

“Hendaklah kita bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya kali ini yang mana kita perlu memenuhi pra syarat kemenangan.

“Gabungan kerjasama antara PAS, BERSATU dan GERAKAN diharapkan dapat memastikan kemenangan bukan sahaja di Johor tetapi juga seluruh negara.

Ketua Penerangan Sidang Assabiqun PAS Pusat, Ustaz Dr Fadhli Ghani turut menyentuh perlunya kerjasama yang mantap gabungan antara parti Perikatan Nasional untuk memastikan kemenangan dapat dicapai.

“Para jentera harus patuh kepada keputusan pemilihan yang telah dibuat oleh pimpinan tertinggi setiap parti dalam gabungan Perikatan Nasional.

“Jentera yang turun ke lapangan sama ada secara konvensional atau di media sosial harus bergerak bersungguh-sungguh agar kemenangan dapat dicapai.

Tambah beliau lagi, “Kita membawa agenda untuk generasi baru anak-anak muda memahami politik secara matang.”

Sementara Ketua Penerangan Bersatu Selayang, Daud Ibrahim menekankan tentang perlunya kita sebagai ahli akar umbi kena menerima siapa sahaja calon yang telah diputuskan pimpinan.

Menurutnya, “Tidak perlu kita pertikaikan calon yang telah dipilih kerana pimpinan tertinggi sudah membuat saringan dari kalangan mereka yang layak. Ini semua mengikut pra syarat yang melibatkan dari pelbagai sudut.

“Jentera dan petugas juga usah berkira dalam tugasan, buangkan rasa tidak puas hati, rungutan yang boleh menjejaskan struktur perjalanan operasi tugas yang disusun.”

Dalam ucapan yang diberi oleh YB Ustaz Yusni Mat Piah, ADUN Penaga yang juga AJK PAS Pusat, beliau menceritakan pengalamannya sepanjang berada di era pentadbiran DAP di Pulau Pinang di mana berbagai cabaran terpaksa dihadapi khususnya yang melibatkan orang Melayu.

Contohnya edaran Bible yang dibuat terang-terangan ke rumah-rumah masyarakat Islam.

Mereka adalah golongan yang menghadapi situasi yang tidak sama dihadapi oleh mereka yang berada di negeri yang bukan di bawah pentadbiran DAP.

Program taujihat anjuran Badan Perhubungan Perikatan Nasional Muar ini turut dihadiri YB Cikgu Abd Aziz Talib, ADUN Maharani merangkap Ketua Perikatan Nasional Kawasan Muar, pimpinan PAS Muar, Bersatu dan kawasan bantu dari PAS Pagoh.