Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Satu kes positif baharu

284
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 25 Nov : Satu sahaja kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu satu kes tersebut dikesan di Mukim Semabok, Daerah Melaka Tengah daripada kategori kes import B, saringan bergejala berumur 39 tahun.

Tambah laporan itu lagi, sebanyak dua kes sembuh baharu dilaporkan hari ini, sementara 23 kes lagi masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Laporan itu juga menunjukkan 13 mukim masih dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1), Durian Tunggal (1), Masjid Tanah (2), Ayer Molek (4), Bachang (1), Balai Panjang (2), Batu Berendam (11), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (4), Merlimau (10) dan Rim (3).

Sementara itu sebanyak 970 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Negeri Sembilan membuat kejutan dengan pertama kali merekodkan kes tertinggi harian antara negeri iaitu sebanyak 318 kes diikuti Sabah yang merekodkan sebanyak 293 kes, manakala semua negeri merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)