Home Kenyataan Media PAS Melaka

Tarik Balik Perlantikan Eric Paulsen | TPJ-2 PAS Melaka

313
SHARE

Kenyataan Media
Timbalan Pesuruhjaya-2
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka


Bantahan Terhadap Perlantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia.

Saya bersama-sama dengan semua pimpinan dan ahli PAS seluruh Malaysia senada dalam melahirkan rasa kesal atas perlantikan Eric Paulsen sebagai sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perlantikan ini menunjukkan seolah-olah pihak YB Menteri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak sensitif dengan isu yang telah terpalit dengan individu tersebut yang terkenal dalam menyokong dan mempromosikan aliran sesat yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme dan LGBT.

Kita juga tidak akan lupa bahawa Eric pernah mengeluarkan kenyataan di twitter beliau yang menghina Hukum Hudud dengan mengatakan bahawa hukuman Hudud tidak ada tempat pada zaman ini dan masyarakat moden kerana ia melibatkan penyiksaan, hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kita bimbang sekiranya individu ini berada di dalam Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia ini, ia akan mempengaruhi polisi dan aktiviti kementerian dan Kerajaan Malaysia hingga cenderung kepada fahaman yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam malah bertentangan dengan tabi’e manusia yang normal dan waras.

Saya bersama-sama dengan seluruh pimpinan dan ahli PAS khasnya PAS Kawasan Masjid Tanah dan PAS Negeri Melaka membantah sekeras-kerasnya pelantikan tersebut serta mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah agar menarik balik pelantikan Eric Paulsen serta merta.

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka.
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)