Home Artikel PAS Melaka

Taqwa Bekal Utama Perjuangan Hidup – Ustaz Zulkifli Ismail

420
SHARE

Oleh : KAMIL SAUFEE

TANGGA BATU : Taqwa merupakan modal umat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Allah akan melindungi dan memberi bantuan kepada mereka. Demikian kalam yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail dalam tazkirah sempena program bacaan Yasin Muafakat Nasional PAS dan UMNO peringkat DUN Klebang, di sini, malam tadi.

Termasuk taqwa itu adalah melakukan apa yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya, tambah beliau lagi.

Menurut Ustaz Zulkifli, penegak agama Allah mesti mengambil iktibar dari peperangan Uhud.Walaupun beriman namun tidak bertaqwa yang memperlihatkan bagaimana mereka tidak menghiraukan pesanan nabi Muhammad S.A.W yang meminta pasukan memanah supaya jangan meninggalkan posisi mereka walau apapun terjadi namun mereka telah melanggar arahan itu apabila melihat harta rampasan yang ditinggalkan oleh pihak musuh.

Oleh itu, untuk menjaga ketaqwaan kita kepada Allah maka hendaklah kita mengikuti setiap perintah yang telah dinyatakan di dalam Al Quran dan Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. , jelasnya lagi.

Di akhir tazkirah, beliau menyeru kepada seluruh jemaah yang hadir supaya berazam untuk menjadi orang yang bertaqwa dengan menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan untuk membina kefahaman dan akhlak serta menghormati ulama yang menyampaikan ilmu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Haji Rafie Ahmad Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu dan Datuk Wira Dr Abu Bakar Md Diah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.