TASEK GELUGOR, 17 OKTOBER – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tasek Gelugor Kali ke-36 telah melabuhkan tirainya hari ini, di sini.
Mesyuarat Agung ini dihadiri oleh seramai 109 perwakilan dari seluruh 18 cawangan Parlimen Tasek Gelugor.
Dalam ucapan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi bin Awang, beliau menitipkan pesanan yang amat berbekas kepada para perwakilan.
“Tanggungjawab kita adalah mengisi perjuangan dan tugas kita adalah menyatukan umat Islam. Dalam menegakkan Islam, kita akan menghadapi kepayahan, dan menuntut segala masa dan tenaga.”
Tambah beliau lagi, “Dalam jemaah ada adab. Pemimpin perlu mempunyai akhlak yang tinggi, hubungan yang baik dengan Allah. Ahli pula, perlu ikut keputusan jemaah tidak boleh ikut kepala sendiri (keputusan sendiri).”
Sekalung ucapan tahniah kepada para Ahli Jawatankuasa Kawasan Tasek Gelugor sesi 2021-2023 yang telah mendapat mandat dari perwakilan untuk menerajui kepimpinan kali ini.
Semoga barisan kepimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor dapat memberi seluruh komitmen dalam menerajui gerak kerja di Parlimen Tasek Gelugor khususnya dan bersedia dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.
Siirualabarakatillah.