Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah Kepada Keluarga Almarhumah Tun Hajah Rahah Binti Tan Sri Haji Mohamed Noah

806
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Haji Mohamed Noah iaitu bonda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri keenam.

Almarhumah yang juga merupakan isteri kepada Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia kedua ini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur petang tadi dalam usia 87 tahun.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat Datuk Seri Najib sekeluarga. Berkat asuhan beliau telah berjaya mendidik kelima-lima anaknya menjadi insan yang berjasa buat masyarakat.

Didoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya dan selamatkannya dan maafkanlah dia.

Islam Memperkukuh Perpaduan

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
18 Disember 2020 | 3 Jamadil Awal 1442