Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Guru Dato’ Haji Ahmad Haji Muhammad Nor (Pak Teh Mad)

441
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Guru Dato’ Haji Ahmad Haji Muhammad Nor (Pak Teh Mad) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.57 pagi,15 September 2021.

Almarhum yang merupakan ulama tertua di negeri Kedah, adalah pengasas Madrasah Ahmadiah di Padang Terap, Kedah yang ditubuhkan pada tahun 1961. Hasil usaha Almarhum, pondok tersebut berkembang maju dengan memiliki 180 buah pondok yang menempatkan pelajar lelaki, pelajar perempuan dan warga emas.

Pemergian Almarhum merupakan kehilangan yang amat besar buat warga institusi pondok dan negara khususnya bagi negeri Kedah.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Almarhum dalam kalangan para solihin.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
15 September 2021 | 8 Safar 1443