Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Seri Lajim Ukin

52
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Seri Lajim Ukin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 6.23 pagi, 29 Ogos 2021.

Almarhum yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 2021-2021, Timbalan Menteri Pengangkutan pada 2008-2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009-2012.

Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Didoakan semoga Allah merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Ogos 2021 | 20 Muharram 1443