إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang telah kembali ke Rahmatullah pada 6.32 petang, 31 Ogos 2021.
Semasa hayat Almarhum pernah menjadi Presiden ABIM, Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK).
Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan yang besar khususnya dalam dunia pendidikan dan dakwah di Malaysia.
Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
31 Ogos 2021 | 22 Muharram 1443