Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah Buat Keluarga Almarhum Datuk Mahadzir Lokman

978
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 214/85
21 Dzul Qa’edah 1439 | 3 Ogos 2018

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALMARHUM DATUK MAHADZIR LOKMAN

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga ikon pengacaraan negara, Almarhum Datuk Mahadzir Lokman susulan berita pemergiannya pagi tadi di Kota Kinabalu, Sabah.

2. Sesungguhnya negara kehilangan lagenda besar dalam industri pengacaraan. Kefasihannya bertutur lapan bahasa dalam pelbagai penampilan pengacaraan tidak mungkin dapat dilupakan.

3. Berdasarkan kepada luahan rakan-rakannya, beliau seorang yang berilmu dan bermurah hati. Marilah kita mendoakan agar ruh Almarhum sentiasa dirahmati dan diampunkan oleh Allah SWT. Semoga Allah menempatkannya bersama dengan orang-orang yang beriman.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.