Home Artikel PAS Melaka

Jabatan Amal Melaka Sumbang Face Shield Untuk Program Bantuan Covid-19 PAPISMA

457
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

KOTA MELAKA : Jabatan Amal di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah menyumbang Face Shield kepada NGO PAPISMA Melaka di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di sini semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudddin.

Menurut beliau, sumbangan tersebut disalurkan kepada NGO PAPISMA untuk disampaikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di Melaka terutamanya dalam menangani wabak CORONAVIRUS ini.

Turut hadir bersama adalah Ustaz Abu Faqeeh selaku wakil Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin.