Takziah Atas Pemergian Ulama Sufi Kedah
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae’ Yaakob, yang telah kembali menghadap Ilahi pada awal pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.
Allahyarham yang merupakan Mudir Madrasah Zuhdiah yang terletak di Kampung Charok Salang, Baling sangat dikenali dan disayangi oleh para asatizah dan para penuntut ilmu. Beliau seorang yang sangat alim dan tawadduk serta mempunyai akhlak terpuji.
Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019 telah banyak menabur bakti dalam mengajar ilmu tasawwuf di Malaysia khususnya negeri Kedah. Kehilangan seorang ulama sufi yang hebat ini merupakan satu kehilangan besar buat semua.
Didoakan agar keluarga Allahyarham sabar dalam menghadapi kehilangan ini dan semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Islam Memperkukuhkan Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-malaysia (PAS)
12 Oktober 2020 | 24 Safar 1442