Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah Atas Pemergian Mendiang Profesor Dr. Hoo Ke Ping

438
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut berdukacita atas pemergian mendiang Profesor Dr. Hoo Ke Ping yang dikhabarkan telah meninggal dunia sekitar jam 9 pagi hari ini, 13 Februari 2021 kerana serangan jantung.

Mendiang merupakan Penganalisis dan Penasihat Ekonomi, KSI Strategic Institute dan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kerana sering muncul di kaca televisyen bagi membincangkan isu semasa dalam negara.

Pemergian tokoh hebat ini merupakan satu kehilangan yang besar buat negara. Semoga seluruh ahli keluarga mendiang dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2021 | 1 Rejab 1442