Home Berita PAS Melaka

Takziah atas pemergian Almarhum Haji Jaya Mohamad – PJ PAS Melaka

651
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 27 Jun : Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek mengucapkan takziah atas pemergian aktivis dan veteran PAS Almarhum Haji Jaya Mohamad yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.24 petang tadi.

Menurut Ustaz Kamarudin beliau dimaklumkan tentang berita sedih ini tidak lama selepas aktivis dan veteran PAS yang aktif di Cawangan Bukit Katil, Kawasan Hang Tuah Jaya itu disahkan meninggal dunia.

“PAS Melaka merakamkan ucapan takziah khususnya kepada keluarga Almarhum. Semoga terus tabah dan sabar dengan ujian ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dibalas segala pengorbanan Almarhum semasa hidupnya,” ujar beliau.

Ustaz Kamarudin yang juga merupakan Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.