Home Berita PAS Selangor

PAS Klang santuni ‘non-malay’ – PAS Kawasan Klang

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | PAS Kawasan Klang dengan kerjasama beberapa NGO seperti Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada hari ini mengadakan program menyantuni ‘Non-Malay’ di sekitar Pelabuhan Klang.

Ustaz Khalid Nayan merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang turut hadir kelapangan bagi membantu melancarkan program tersebut yang diketuai oleh Saudara Izam Awalludin merangkap Pengerusi KASEH.

Dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda, mereka yang ‘non-Malay’ turut merasai kekangan dalam menjalani kehidupan dalam norma baharu. Justeru, inisiatif yang diambil oleh NGO-NGO ini yang bergerak aktif di sekitar Klang mengembleng tenaga dan berusaha bukan sahaja membantu orang-orang Melayu bahkan turut memberi kepada mereka yang ‘non-Malay’.

Seramai 30 keluarga ‘non-Malay’ di sekitar kawasan Pelabuhan Klang menerima sumbangan barangan keperluan dapur. Setidak-tidaknya mereka ini tidak berasa yang hidup mereka terabai dan tidak dibantu oleh mana-mana pihak.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor