Home Berita PAS Johor

Taklimat Briged Muslimat Tebrau meriah

166
SHARE

Oleh: NAJIHAH AZIZAN

TEBRAU, 8 Januari – Briged Muslimat Kawasan Tebrau telah mengadakan satu taklimat khas yang bertajuk Pengenalan Briged Muslimat bertempat di SRITI Al Irfan Tebrau 2, Taman Kota Masai, semalam.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Briged Muslimat Negeri Johor, Derwena Masuruni. Turut bersama beliau Ketua Kor Safiyyah Briged Muslimat Johor, Siti Nur Aishah Abdullah.

Kehadiran yang menggalakkan daripada peserta muslimat muda telah memeriahkan program.

Penerangan oleh Derwena merangkumi organisasi yang terlibat, syarat-syarat kemasukan, etika pemakaian dan kor-kor yang terdapat dalam Briged Muslimat.

Menurut Pengarah program yang juga merupakan Ketua Briged Muslimat Tebrau, Nur Diyanah Husna Mohd Ayop, program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai entiti beruniform ini seterusnya menjadikan mereka “jatuh cinta” dengan Persatuan Briged Muslimat ini, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang sangat menarik kerana dalam bentuk permainan “botol beracun” yang diiringi dengan muzik.

Program berakhir dengan jamuan dan penyampaian cenderahati kepada pengisi.

Turut hadir Ketua dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Rohaiza Mohd Razali dan Aliya Nurdina Jamaludin.