Home Berita PAS Johor

Tak Tunggu Menang Baru Buat Kebajikan

590
SHARE

Tak Tunggu Menang Baru Buat Kebajikan

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Pasir Gudang – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Pasir Gudang sekali lagi meneruskan siri ziarah kebajikan sesi ini meskipun tidak direzekikan menang pada PRU lepas.

Walaupun begitu, kalah dan menang bukanlah ukuran sesebuah parti itu untuk membantu rakyat.

“Tunggu menang baru nak buat kebajikan ‘tak mungkin’ tak menang pun kita tetap istiqamah dalam kebajikan.” Ujar Abdul Aziz Abdullah
Ketua LKK PAS Kawasan Pasir Gudang.

Terbaru, beliau dan rombongannya sempat membuat ziarah kebajikan di sekitar Taman Rinting dan menyampaikan sumbangan kepada 5 keluarga.

Menurutnya, rata-rata keluarga yang dikunjungi diuji dengan pelbagai keadaan kesihatan malah ada yang telah meninggal dunia.

Turut hadir, Ketua dan AJK LKK Taman Rinting bagi sama-sama meringankan beban masyarakat sekitar.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan atau mendapatkan info semasa boleh ikuti perkembangan semasa di FB PAS Kawasan Pasir Gudang.