Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah YB Siti Ashah!

880
SHARE


Tahniah YB Siti Ashah!

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali (PAS) di atas lantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, dan Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Kedah.

YB Siti Ashah merupakan antara 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini, pagi tadi.

YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia.

DMPM mendoakan YB Siti Ashah dapat melaksanakan tugas dengan baik seiring dengan doa dan harapan rakyat khusus di bumi Kedah.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati barisan kepimpinan EXCO baru di Kedah.

سيروا على برکة الله

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Saff Kepimpinan,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Ramadan 1441H
20 Mei 2020