Home Artikel PAS Wilayah

Giliran Zon Kampung Pandan Terima Beras Infaq

540
SHARE

Oleh Nurul Nadiyah

KAMPUNG PANDAN, 19 Mei – Sebanyak 100 kampit beras diambil dari PASTI Hidayah untuk diedarkan ke Zon Kampung Pandan semalam.

Sukarelawan PAS Zon Kampung Pandan membuat edaran sebanyak 20 kampit beras hari ini di PPR Hiliran Ampang. Misi ini dibantu oleh petugas PAS di Kampung Mengkudu (Pusat Daerah Mengundi (PDM)), Abdul Wadud Kamaldin. Sukarelawan juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada seorang Aktivis Unit Amal, Abdul Rahman Mohd Ali yang mengalami masalah keuzuran.

Sumbangan kampit beras dan duit raya seterusnya disampaikan kepada petugas PAS PDM Kelab Golf, Tuan Haji Abd Khadir Senawi untuk edaran di Blok A, Desa Pandan.

Sukarelawan meneruskan penghantaran kampit beras ke Desa Pahlawan iaitu petugas PAS PDM Jalan Ampang, Ustaz Suridzal Abdul Rahim, Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan serta Ustaz Raihan Abdul Aziz, mantan Ketua Penerangan PAS Kawasan. Sumbangan turut diberikan kepada pekerja Alam Flora iaitu warga Bangladesh.

Edaran juga turut diterima oleh petugas PAS PDM Desa Pandan, saudara Fairuz. Sebanyak 3 kampit beras diserahkan kepada 3 buah keluarga yang berkongsi sebuah rumah sewa.

Akhir sekali, sukarelawan PAS Zon Kampung Pandan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas di setiap PDM yang dilawati dan ini juga merupakan satu bentuk persediaan yang baik untuk menghadapi Pilihanraya ke-15 akan datang. Jumlah edaran hari ini ialah 50 kampit beras, bakinya akan diedarkan pada hari berikutnya.

Sekiranya anda berhajat untuk menyumbang. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun, Maybank: 5640-9850-4101 (PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA). Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubungi dengan Cikgu Yusoop (011-13373066) atau En. Hedzer (019-2708639).

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.