Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah! Tiga Saintis Wanita Malaysia

124 views
SHARE

Tahniah! Tiga Saintis Wanita Malaysia

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada 3 saintis wanita Malaysia yang mengharumkan nama negara dalam penyelidikan masing-masing dalam bidang sains.

Penyelidik pertama adalah Prof. Madya Dr. Wan Iryani Wan Ismail dari UMT yang menyumbang kecemerlangan beliau dalam penyelidikan bertajuk “Can honey consumption control obesity? A new notion in understanding the mechanism of action”.

Selain itu, 2 lagi penerima anugerah ialah Cik Shivaani Mariapun dari Cancer Research Institute dan pelajar PhD di University of Nottingham Malaysia dan Dr. Lim Way Foong dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Seramai 193 penyertaan yang telah menyertai L’oreal UNESCO for Woman In Science National Fellowship ini yang menghimpunkan pakar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Dewan Muslimat PAS Malaysia tumpang berbangga atas pencapaian luar biasa yang diraih oleh para penyelidik wanita Malaysia. Ini membuktikan bahawa wanita mampu menyumbang di peringkat negara dan antarabangsa dengan kepakaran yang ada.Semoga pencapaian ini menjadi satu lonjakan semangat untuk para wanita menceburi bidang profesional dan terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Oktober 2019 bersamaan 21 Safar 1441H