Home Artikel PAS Perlis

LKKR Anjur Let’s Fit Sempena Bulan Sukan Negara

266
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR: Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekriasi (LKKR), Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) telah berjaya menganjurkan program Let’s Fit pada hari ini.

Pengarahnya Ummi Kalsum Ismail berkata, program ini akan diadakan secara berkala iaitu dua bulan sekali.

“InsyaAllah kita akan adakan program ini secara berkala iaitu dua bulan sekali.

“Melalui program ini kita harap akan dapat memupuk kesedaran supaya dapat menjaga kesihatan fizikal di kalangan para wanita.

“Program ini juga jelas menunjukkan Islam amat mementingkan kesihatan fizikal selain dari pengisian rohani yang sering diadakan,” katanya ketika ditemui.

Senamrobik ini dilatih oleh Instruktor Senamrobik Kementerian Belia dan Sukan, Rozaini Ramli.

Melalui fasa pertama ini, Lets Fit telah berjaya menarik hampir 50 orang peserta dari seluruh lapisan masyarakat di negeri ini.