Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah Tan Sri Muhyiddin , Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri

42
SHARE

TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN, PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA BERTARAF MENTERI

Tahniah diucapkan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Pelantikan dengan perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini merupakan kesinambungan usaha Pelan Pemulihan Negara (PPN) pentadbiran lalu yang semakin membuahkan kejayaan.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin bahawa Majlis Pemulihan Negara akan dapat berperanan dengan sebaiknya di bawah kepimpinan YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin yang telah terlibat secara langsung dari awal pelaksanaan PPN bulan Jun lalu.

Selain kejayaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kerajaan juga perlu memastikan agar sektor ekonomi, sosial dan pendidikan yang terkesan akibat pandemik ini dapat dipulihkan dengan segera.

Kerjasama daripada setiap pihak adalah amat penting bagi memastikan matlamat melindungi nyawa dan menjamin kelangsungan hidup Keluarga Malaysia dapat dicapai.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
5 September 2021 | 27 Muharam 1443

#KeluargaMalaysia
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MalaysiaSejahtera
#MalaysiaPrihatin