Home Artikel PAS Johor

TAHNIAH: PRK TANJUNG PIAI BUKTI MUAFAKAT NASIONAL MEMBAWA BERKAT

343
SHARE

TAHNIAH: PRK TANJUNG PIAI BUKTI MUAFAKAT NASIONAL MEMBAWA BERKAT

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan..

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Sekijang ingin merakamkan ucapan setinggi -tinggi ucapan *TAHNIAH* kepada calon BN, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng yang telah berjaya mencapai kemenangan yang gemilang di dalam PRK Tanjung Piai dengan mendapat undi 25,466 pada 16 November
2019 yang lalu. Beza majoriti 15,086 ini sebenarnya suatu keputusan *luar biasa* yang yang cukup membahagiakan kita semua.

2. Jutaan terima kasih dan ucapan *SYABAS dan TAHNIAH* diucapkan kepada Datuk Dr. Hj.Baharum Bin Mohamed ,Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Sekijang serta pimpinan Wanita,Pemuda dan Puteri atas semangat yang tinggi menggalas tanggungjawab membantu gerakerja PRK P165 Tanjung Piai dengan penuh dedikasi .

3. Semangat *Muafakat Nasional* dan penyatuan ummah yang kita dukung bersama , kini diterjemahkan oleh pengundi Parlimen Tanjung Piai,sekaligus telah berjaya membuktikan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah gagal menawan hati pengundi akibat pelbagai janji palsu dan kelemahan PH dalam menjalankan urus tadbir negara selepas PRU 14 yang lalu.Ini merupakan kemenangan moral buat kita bersama selaras dengan prinsip *Muafakat Nasional*.

3. Kini,tidak ada keraguan lagi bahawa formula *Muafakat Nasional* yang dicetuskan oleh PAS & UMNO telah membuka lembaran baharu dalam landskap politik Malaysia.Yakinilah! Teguhkan tekad untuk terus bergerak mara ke hadapan tanpa ragu-ragu lagi.

4. Melalui PRK Tanjung Piai ini juga,kita telah berjaya menangkis persepsi negatif yang seolah -olah menggambarkan penyatuan ummah melalui *Muafakat Nasional* ini akan membawa ke arah negara Taliban sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh lawan politik kita .Apa yang penting ,dakwah kepada masyarakat Non Muslim telah menyerlahkan keindahan ISLAM iaitu ummat Islam tidak pernah diajar untuk membenci kaum atau bangsa lain selagi mereka tidak menghina ISLAM.

5. Mewakili PAS Kawasan Sekijang ,saya memohon jutaan maaf seandainya terdapat kelemahan dan kesilapan yang tidak disengajakan, yang mungkin telah dilakukan oleh petugas parti kami , dalam suasana sepanjang suasana kempen PRK Tanjung Piai .Mungkin kami tidak dapat menurunkan ramai ahli dan petugas yang ramai untuk membantu tetapi doa ,munajat dan zikir dari mereka sentiasa mengiringi langkah juang kita meskipun dari jauh.

6. PAS kawasan Sekijang berdiri teguh menjunjung prinsip dan formula melalui kesepakatan dalam *Muafakat Nasional* ini dan akan terus bekerjasama dengan UMNO Barisan Nasional serta semua pihak dalam menuju pentadbiran yang lebih adil dan sejahtera demi negara Malaysia yang tercinta.

Yang Penting “MUAFAKAT ITU BERKAT”
“Buat Kerana ALLAH”
Sekian, wassalam

MA’AROF BIN ABD. MUTALIB
Yang Di Pertua(YDP) PAS kawasan Sekijang
21 Rabiul Awwal 1441H bersamaan 18 November 2019.