Home Artikel PAS Johor

NGO Nur Fitrah dan PAPISMA Johor anjur Seminar Kesedaran Pencegahan LGBT

278
SHARE

‘AISYAA YASMIN / 19 NOVEMBER 2019 

SKUDAI : LGBT kini dilihat menjadi  satu isu yang dipertahankan  oleh segolongan masyarakat secara terbuka tanpa segan silu lagi.

Bimbang akan fenomena itu, seminar kali ke empat di bawah NGO Nur Fitrah dan PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia ) Johor  ini telah berjaya mengumpulkan ramai  sukarelawan bagi membantu golongan ini, demikian dinyatakan pengarah program Zuryati Yasin di Dewan Teknovasi UTM 16 September lepas.

Program yang dihadiri lebih 70 peserta yang terdiri daripada  para kaunselor, guru, pengusaha tahfiz dan madrasah serta golongan ibu bapa ini juga telah didedahkan dengan kemahiran mengenal simptom-simptom serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya negatif ini.

Mengulas lanjut berkenaan gerak kerja semasa NGO  ini, Zuryati Yasin berkata PAPISMA Kelantan , juga telah membina satu instrumen bagi mengukur kecenderungan klien dalam ujian saringan kelayakan ke pusat tahfiz dan institusi lain nya bagi meningkatkan lagi keboleh percayaan terhadap sampel muslim itu.