Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Pengundi Muafakat Nasional!

578
SHARE

 


Tahniah Pengundi Muafakat Nasional!

Keputusan PRK Tanjung Piai akhirnya membuktikan rakyat bijak dalam membuat pilihan! Keputusan rasmi memihak kepada calon BN Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng sebanyak 25,456 undi dengan majoriti sebanyak 15,086 undi.

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Wee di atas kejayaan menundukkan pihak lawan yang lain.

Kejayaan ini hasil usaha bersama muafakat nasional yang terjalin antara Umno dan PAS. Dewan Muslimat PAS Malaysia juga menzahirkan rasa terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua para petugas Muslimat PAS dari seluruh pelusuk negara dan wanita umno dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih buat para pengundi yang keluar mengundi, undi anda amat bermakna dan ia juga merupakan hasrat rakyat melakukan perubahan di Tanjung Piai.

 Terima kasih rakyat JDT!

“Islam Memimpin”
“ Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Rabiul Awal 1441
16 November 2019