Home Artikel PAS Melaka

Tahniah Hajiji! Ketua Menteri Sabah baharu | PJ PAS Melaka

556
SHARE

Kenyataan media Pesuruhjaya PAS Melaka


Tahniah Hajiji! Ketua Menteri Sabah baharu

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sabah yang baharu, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di atas kejayaan membentuk kerajaan selepas berakhirnya Pilihanraya Negeri Sabah ke-16 baru-baru ini.

Sesungguhnya kejayaan menumpaskan Warisan-PH di Sabah akan menutup mulut mereka yang mendakwa kononnya mereka mendapat sokongan dari rakyat. Kemenangan ini juga membuktikan bahawa mandat rakyat sebenarnya masih bersama dengan PN dan BN.

PN dan BN Sabah juga harus memastikan bahawa kerajaan ini dipertahankan daripada diganggu-gugat. Kerajaan juga harus mengurangkan politiking dan sentiasa memberi khidmat terbaik kepada rakyat agar PN dan BN terus mendapat kepercayaan rakyat pada masa akan datang.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka
Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka
29 Sept 2020 | 11 Safar 1442H


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)